Wednesday, February 9, 2011

Jahitan asas

JAHITAN ASAS
•Terbahagi kepada 2:
i. Jahitan sementara
ii. Jahitan Kekal

1. Jahitan sementara
•Jahitan jelujur
i. Jelujur halus
ii. Jelujur kasar

iii. Jelujur serong
iv. Jelujur tidak sama
v. Jelujur panjang pendek

JELUJUR HALUS
1. Kegunaan jelujur halus
(a) Untuk
menyambungkan dua atau
lebih kepingan kain jika tidak ada mesin
jahit

(b ) Untuk menggantikan jahitan jelujur
buat sementara.
(c) Untuk membuat kedut dan
mengetatkan kepala lengan.

2. Cara menjahit
(a) Mula dan kahirkan dengan jahit kia.
(b) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata
jahitan yang halus dan sama besar
dengan jaraknya 3 hingga 5 mm.

JELUJUR KASAR @ SAMA

1.Kegunaan Jelujur Kasar
(a ) untuk menetapkan kedudukan kelepet, kocek dan kelim sebelum jahitan kekal.
(b) Untuk menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang akan teregang semasa memadankan pakaian.

2. Ia senang dicabutkan.
3. Cara menjahit:
(a) Dengan satu lembar benang, mulakan dengan
jahitan
kia dari kanan ke kiri.
(b) Mata jahitan di bawah dan di atas adalah sama
panjang iaitu 1 ¼ cm.
(c) Akhirkan dengan jahitan kia

JELUJUR TAK SAMA
1. Kegunaan Jelujur tak sama
(a ) Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dan
sebagainya sebelum dijahit kekal.
(b) ia tidak begitu kukuh dan senang dicabutkan.
2. Cara menjahit:
(a) Mulakan dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
(b) Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1 ¼ cm.
(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

JELUJUR PANJANG PENDEK
1. Kegunaan jelujur paiijang
(a) Untuk menetapkan kelepet, kocek dan
sebagainya sebelum jahitan kekal dibuat
(b) Untuk menandakan kedudukan sesuatu
bahagian dan garis tengah hadapan dan belakang

2. la lebih teguh dan sesuai terutama untuk kain-kain yang tebal, lembut dan yang mudah tergelincir.
3. la agak susah dicabut.

4. Cara menjahit
(a) Mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri
(b) la terdiri daripada mata jahitan yang panjang
1 ¼ cm dan pendek ½ cm dan jaraknya ½cm.
(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

2. Jahitan kekal

a. Jahitan penyambung
b. Jahitan pengemas
c. Jahitan hiasan

a. Jahitan penyambung
i. Jahitan kia
ii. Jahitan halus
iii. Jahitan mesin

JAHITAN KIA
1. Kegunaan jahit kia:

( a ) Untuk menyambung kain bagi menggantikan
jahitan mesin.
( b ) Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan.
2. Cara menjahit:

( a ) Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia, ( b ) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan ( 3mm –
5mm)
( c ) Jahitan

pertama adalah seperti jeiujur halus,
kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama
dan dijahit ke hadapan semula.

3. la kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin
pada sebelah luar dan seperti jahit batang di sebelah
dalam.

Jahitan Sembat Susup
1. Cara menjahit
(a) Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam(S.D.)

kain.
(b) Mulakan dengan jahit kia di bawah Iipatan.
(c) Ambil sedikit kain serapat yang boleh dengan tepi
berlipat.
(d) Tarik jarum keluar. Kemudiannya, susupkan jarum
di dalam Iipatan dengan jaraknya kira-kira ½ cm
2. Jahitan ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan di

sebelah luar pakaian.
3. la tidak sekukuh jahit sembat
4. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepek dan lapik.

JAHITAN INSANG PARI
•Kegunaan:
( a ) Untuk
mengemas tepi kain atau basi kain
( b ) Untuk
ulat-ulat
( c ) Untuk menjahit rumah butang tersirat atau
bergelung untuk butang cangkuk.
(d )
Sebagai jahitan perhiasan
2. Cara menjahit
( a ) Mulakan dengan jelujur halus menegak pada

sebelah kiri.
( b ) Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit
( c ) Jahit dari kiri ke kanan dengan benang
bergelung di bawah jarum.

JAHITAN SILANG PANGKAH
•Kegunaan;
- Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan
atau mengemas tepi kain.
•Cara Menjahit:
a. Jahit dari kiri ke kanan
b. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan
fabrik di bawah tepi berjerumbai.
c. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang
telah dibuat.

d. Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan
fabrik dan di atas hujung mata jahitan sembat yang
pertama.
e. Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-
selang dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.

e. jahitan Lilitan ubi
1. jahitan dimulakan dari kanan ke kiri

No comments:

Post a Comment